Tuesday 11 October 2011

Sejarah SAMUSKD.

Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah Kanchong Darat (SAMUSKD), satu nama yang menjadi kebanggaan sehingga detik ini. Nama yang melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang, nama yang merintis jejak terbilang, dan nama yang sememangnya ranum dalam memori setiap yang bergelar warga SAMUSKD. 

SAMUSKD mula didirikan pada tahun 1946 hasil inisiatif oleh Tuan Hj Ibrahim Bin Hj Ismail, Raja Hj Daud bin Raja Hj Busu dan Hj Usman bin Hj Taib. Sekolah ini mula dibina berhampiran dengan Masjid jamek Kanchong Darat yang mana ia adalah tapak asal sekolah ini.


Ia kemudiannya dipindahkan ke tapak Sekolah Rendah Agama Kanchong Darat dan seterusnya ia dibina semula di lokasi yang ada sekarang iaitu di KM 39, Kanchong Darat.

Pada tahun 1946, sekolah ini hanya dikenali dengan nama Madrasah Unwanus Saadah yang mana Jabatan Agama Islam Selangor telah mengambil alih pengurusan sekolah dan menukar nama madrasah ini kepada Sekolah Agama Menengah Rendah Unwanus Saadah.


Bermula pada tahun 1989, sekolah ini telah membuka tawaran untuk mengambil pelajar-pelajar tingkatan 5 dan mengubah nama sekolah kepada Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah. Sehingga ke hari ini, nama sekolah ini terus mekar di bibir masyarakat setempat kerana ia berada dalam era kombinasi Arab dan akademik.
Kini, SAM Unwanus Saadah dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred A, luar bandar.

Motto yang digunakan pada lencana sekolah ialah “Ilmu An-nur” yang bermaksud ilmu itu cahaya. Ini membawa maksud matlamat sekolah ialah untuk menuju ke arah menjadikan ilmu sebagai penyuluh kepada kejayaan pelbagai aspek.
  
Pada tahun 2010, SAMUSKD telah mencapai kejayaan yang membanggakan apabila mencapai peratusan kelulusan SPM terbaik di Daerah Kuala Langat.

Antara sekolah menengah yang terdapat di Daerah Kuala Langat selain SAMUSKD ialah SAMT Tengku Ampuan Rahimah Sungai Manggis, SMK Telok Datok, SMK Bukit Changgang, SMK Tanjong Sepat, SMK Jugra, SMK Banting, SMK Batu Laut dan SMK Sungai Manggis.

No comments:

Post a Comment