
SAMUSKD mula didirikan pada tahun 1946 hasil inisiatif oleh Tuan Hj Ibrahim Bin Hj Ismail, Raja Hj Daud bin Raja Hj Busu dan Hj Usman bin Hj Taib. Sekolah ini mula dibina berhampiran dengan Masjid jamek Kanchong Darat yang mana ia adalah tapak asal sekolah ini.
Ia kemudiannya dipindahkan ke tapak Sekolah Rendah Agama Kanchong Darat dan seterusnya ia dibina semula di lokasi yang ada sekarang iaitu di KM 39, Kanchong Darat.

Bermula pada tahun 1989, sekolah ini telah membuka tawaran untuk mengambil pelajar-pelajar tingkatan 5 dan mengubah nama sekolah kepada Sekolah Agama Menengah Unwanus Saadah. Sehingga ke hari ini, nama sekolah ini terus mekar di bibir masyarakat setempat kerana ia berada dalam era kombinasi Arab dan akademik.
Kini, SAM Unwanus Saadah dikategorikan sebagai sebuah sekolah gred A, luar bandar.
Motto yang digunakan pada lencana sekolah ialah “Ilmu An-nur” yang bermaksud ilmu itu cahaya. Ini membawa maksud matlamat sekolah ialah untuk menuju ke arah menjadikan ilmu sebagai penyuluh kepada kejayaan pelbagai aspek.
Pada tahun 2010, SAMUSKD telah mencapai kejayaan yang membanggakan apabila mencapai peratusan kelulusan SPM terbaik di Daerah Kuala Langat.
No comments:
Post a Comment