Tuesday 11 October 2011

Sejarah Alumni SAMUSKD



Sejarah Alumni SAMUSKD
Untuk pengetahuan pembaca budiman, Jawatankuasa Penaja Alumni SAMUSKD telah pun ditubuhkan dalam satu mesyuarat yang dianjurkan di Dewan Serbaguna Taman Damai, Morib pada 24 Jun 2010.

Sementelahan, pada 30 Jun 2010, Kertas Kerja “Cadangan Penubuhan Alumni SAMUSKD” telah diserahkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua SAMUSKD ketika itu, iaitu Cikgu Arrifin bin Rabu. 

Kertas kerja tersebut telah diserahkan kepada Cikgu Arrifin (di pejabat beliau) oleh Pengerusi AJK Penaja Alumni SAMUSKD, Saudara Zairudin Hashim serta Exconya, iaitu Saudara Mohd Ainol Syafiq bin Mohd Anuar.  

Kertas kerja tersebut kemudiannya telah pun diluluskan oleh Cikgu Arrifin bin Rabu, menerusi satu mesyuarat yang dijalankan oleh beliau bersama pihak pentadbiran dan guru-guru SAMUSKD.

No comments:

Post a Comment